Tapi kalau ditanya mereka yang tinggal #dikawasan ini, rasanya tidak seorang pun tahu apakah asal usul tempat tinggal mereka.
Buat generasi yang baru lahir dikawasan ini, tahukah anda, Bandar #Tun Razak berasal daripada sebuah perkampungan yang diberi nama #Kampung Konggo.
Perkampungan ini dibuka lewat tahun #1970an.
Nama ini diberikan kerana kampung ini dibuka dan diteroka oleh perajurit #Askar Melayu yang bersara selepas berkhidmat dalam misi Bangsa-bangsa Bersatu (UN) di negara Democratic Republic of Congo, Afrika pada tahun 1960an.
Selepas perajurit ini pulang ke Malaysia dan bersara, mereka meneroka kawasan ini dan membuka #kampung Konggo.
Pada 1 Februari 1984, mantan Perdana Menteri Malaysia, #Tun Dr. Mahathir menamakan semula kampung Konggo sebagai Bandar Tun Razak selepas kawasan ini membangun dengan #pesat.
0 Response to "Asal-usul Bandar Tun Razak Yang Anda Tidak Ketahui..."
Posting Komentar