“Jangan engkau kahwini #wanita yang enam, jangan yang #ananah, yang #mananah, dan yang #hananah, dan jangan engkau kahwini yang #hadaqah, yang #baraqah dan yang #syadaqah.”
#Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
#Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.
#Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
#Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
#Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
#Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.
0 Response to "Pesanan Untuk Lelaki Yang Sedang Mencari Calon isteri...."
Posting Komentar