Nonton Film Gratis Subtitle Indonesia

Nonton Film Gratis Subtitle Indonesia
BotamMovie

Seram !!! Misteri Mayat Tanpa Kepala Di Penjara Pudu


Semasa saya bertugas di penjara pudu, Kuala Lumpur, ada seorang anggota polis yang bertugas sebagai pegawai memang tidak percaya kewujudan alam mistik. “hantu-hantu ini karut belaka. Aku ni selalu tengok mayat tak pernah jumpa hantu pun!!!” kata pengawai siasat ini angkuh setiap kali mendengar cerita pengawal penjara pudu terserempak hantu ketika bertugas. Suatu hari, pengawai penyiasat ini datang lagi ke penjara pudu untuk interview tiga orang banduan yang akan menjalani hukuman gantung. Pegawai penyiasat tersebut tiba sudah lewat petang.mengikut prosedur, pegawai siasat itu tidak dibenarkan masuk. Tapi, disebabkan pegawai penyiasat sudah biasa berurusan, pihak penjara berikan keizinan. Hari itu, tiga orang banduan yang akan menjalani hukuman mati diinterviewnya....

Dua lelaki dan seorang wanita. Banduan-banduan ini dibawa ke sebuah bilik khas. Pegawai penyiasat it uterus menginterviu banduan seorang demi seorang. Selesai banduan lelaki, tiba giliran banduan wanita pula. Banduan wanita ini masuk lantas duduk di hadapan pegawai penyiasat tadi dengan kepalanya tunduk memandang ke lantai.... Pegawai penyiasat tadi mula mengajukan beberapa soalan. Tapi banduan wanita itu menjawab endah tak endah. Kepalanya masih tunduk. Pegawai penyiasat ini mula naik angin. Bila disoal lagi, banduan ini tetap enggan memberikan kerjasama. Hanya beberapa soalan saja yang dijawabnya. Kepalanya tetap tunduk ke bawah. Selepas 10minit disoal, banduan itu meminta izin untuk ke tandas yang terletak di dalam bilik siasatan tersebut....

Sambil itu, pegawai tadi membelek laporan yang diperolehinya tadi. Hanya banduan wanita laporannya belum lengkap. Dua minit kemudian  banduan wanita itu duduk semula di depan pegawai penyiasat tadi. Kepalanya masih tunduk memandang meja. Rambutnya sepanjang bahu jatuh menutup pipi. “jawab soalan saya yang tadi. Jangan tengok lantai. Pandang saya,” tengking pegawai penyiasat itu sambil merenung pada banduan wanita tersebut. Bila diasak beberapa kali, barulah banduan wanita itu mengangkat mukanya perlahan-lahan. Terkejut sungguh pegawai penyiasatan tadi. Barulah dia dapat melihat wajah sebenar banduan itu. Wajahnya cantik. Matanya bersinar. Kulitnya putih mulus. Banduan itu lantas tersenyum menampakkan gigi yang putih bersih. Peliknya, senyuman banduan wanita itu seperti ada sesuatu tersirat. Matanya tajam merenung pegawai penyiasat itu tanpa menjawab soalan. Tiba-tiba laungan azan Maghrib berkumandang dari arah masjid berdekatan....

Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!
Asyhadu alla ilaha illallah…..
Asyhadu alla ilaha illallah…..

Sebaik mendengar laungan azan, banduan wanita itu tiba-tiba terus menjerit-jerit dan melolong seperti orang gila hingga bergema bilik tersebut. Tidak semena-mena kepala banduan itu pecah. Darah menyembur. Kepala banduan wanita itu tadi terus tercabut dari badan lalu tergolek kea rah pengawai penyiasat itu tadi. Pegawai penyiasat tadi terus melulu keluar dari bilik dan berlari berjumpa dengan seorang  warden yang menunggu di depan pintu.  “kenapa tuan?” soal warden apabila melihat pegawai penyiasat itu yang menggeletar dan cemas. Sebaik mendengar penerangan pegawai penyiasat tadi warden itu sangat terkejut. Setahu warden itu hanya pegawai penyiasat itu seorang diri yang tinggal dalam bilik itu. Kesemua banduan telah dihantar balik ke sel masing-masing. “betul tuan. Selepas banduan wanita itu pergi ke tandas dia terus keluar dari bilik. Jadi kami bawa dia balik ke sel,” terang warden penjara. “jadi, siapa banduan wanita yang saya interview tadi… selepas balik dari tandas?” soal pegawai penyiasat itu....

Warden tersebut hanya menggeleng-gelengkan kepala. Selepas kejadian tersebut, pegawai penyiasat itu tidak berani lagi bercakap besar. Dia juga percaya makhluk halus memang wujud dan turut mendiami penjara pudu. Siapa pula gerangan wanita yang kepalanya tercabut dari badan itu?

Sebenarnya sudah ramai banduan atau warden penjara terserempak takutkan wanita itu. Menurut kisah yang diberitahu kepada saya, wanita itu sebenarnya ialah seorang bekas anggota komunis yang ditangkap ketika melakukan serangan hendap dibalai polis beranang. Selepas gerombolan komunis menyerah kalah, ada saki-baki anggota komunis yang masih degil menyerang balai polis beranang untuk merampas senjata. Ketika serangan itu, dua orang rakan lelakinya ditembak mati, manakala wanita itu Berjaya ditangkap. Anggota komunis wanita itu ditahan dan dipenjarakan di penjara pudu. Akhirnya wanita itu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Malangnya, semasa hukuman dijalankan, tali gantung tidak beberapa elok. Semasa sedang digantung, tali tersebut telah menghiris leher banduan wanita itu sehingga kepalanya bercerai dari badan. Sejak itu lah banduan-banduan dan warden penjara pudu sering terserempak lembaga wanita ini terutama di sekitar blok hukuman gantung. Ada yang pernah ternampak wanita ini berjalan tanpa kepala atau kepalanya dipegang ditangan. Ada kalanya kepalanya yang terputus itu bergolek-golek di atas lantai. Mungkin rohnya yang tidak tenang dan sering berkeliaran mengganggu penghuni penjara pudu....

0 Response to "Seram !!! Misteri Mayat Tanpa Kepala Di Penjara Pudu"

Posting Komentar