kebanyakan perempuan zaman sekarang pandang duit dan duit, sesiapa yang ada duit dia boleh jadi kekasih ataupun isteri... Disini kami berikan Tips Bercinta Dengan Lelaki Tanpa Ijazah :
#Tips Bercinta Dengan Lelaki Tanpa Ijazah
1. Ijazah bukan ukuran kepintaran seseorang
*Kelayakan akademik bukan ukuran kepintaran seseorang. Jadi tidak ada sebab anda menolak seseorang lelaki hanya kerana dia tidak pernah jejakkan kaki ke universiti. Jangan terkejut jika hakikatnya dia mungkin lebih pintar dari anda yang lulus ijazah kelas pertama. Malah, kehidupan dan pengalaman adalah ‘guru’ terbaik kita yang sebenar bukan sekadar pendidikan formal...
2. Lebih praktikal
*Biasanya lelaki yang ‘kurang bijak di atas kertas’ akan mempunyai kemahiran yang lain. Kemahiran yang mereka miliki mungkin lebih jauh bermanfaat berbanding pencapaian cemerlang akademik. Misalnya dia mungkin pakar dalam membaiki kereta, peralatan elektrik atau memasak. Kan lebih mudah hidup anda selepas berkahwin nanti...
3. Prospek lebih baik
*Sedia maklum bahawa banyak graduan universiti yang tidak berjaya mendapat pekerjaan. Lebih teruk lagi ada yang menganggur bertahun-tahun walaupun mendapat keputusan yang cemerlang. Tempoh pengajian untuk mendapatkan segulung ijazah mengambil masa sekurang-kurangnya 4 tahun. Lelaki yang tidak menyambung pengajian tetapi bekerja dalam tempoh tersebut tentunya lebih stabil dari segi kewangannya berbanding lepasan ijazah yang baru mencari pekerjaan pertamanya...
4. Jangan jadi judgemental
*Tidak ada ijazah tidak bermakna dia bukan calon suami yang baik. Tidak bermakna dia tidak bijak atau bukan seorang lelaki yang baik. Yang paling penting adalah hati budinya dan keserasian dengan anda. Bukankah rugi melepaskan seorang lelaki yang baik hanya kerana dia tidak berpendidikan tinggi...
5. Masih ada masa
*Banyak universiti dan pusat pengajian tinggi yang menawarkan program ijazah separuh masa atau pengajian jarak jauh. Tidak ada perkataan terlewat dalam menuntut ilmu.Jadi kalau dia tidak ada ijazah sekarang, tidak bermakna dia tidak akan menjejakkan kaki ke universiti sampai bila-bila kan...
0 Response to "Tips Bercinta Dengan Teman Lelaki Yang Tidak Mempunyai Ijazah??!!"
Posting Komentar