Rakyat Malaysia Pemalas, Berlagak, Tak Sedar Diri Dan Memilih..!!! - Datu Seri Dr Ahmad Zahid.
"RAKYAT MALAYSIA PEMALAS, BERLAGAK, TAK SEDAR DIRI DAN MEMILIH. MAKA KERAJAAN TERPAKSA BAWA MASUK PEKERJA ASING..."
PUTERAJAYA - Itulah satu kata-kata yang sangat pedih membuatkan semua rakyat Malaysia tidak suka dengan pengganti Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Kerajaan terpaksa membawa masuk pekerja asing termasuk dari Bangladesh kerana sikap rakyat Malaysia yang tidak sedar diri dan memilih pekerjaan dan tidak berminat dalam sektor pekerjaan '3D' - ''DANGERIOUS", "DIFFICULT" dan "DIRTY". kata Timbalan Perdana Menteri Datu Seri Dr Ahmad Zahid.
"Oleh kerana industri dan perniagaan harus berjalan, maka kita kena cari cara alternatif iaitu membawa pekerja dari negara asing terutama dari Bangladesh, Abu Hassan Mahmood Ali di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata isu pekerja Bangladesh adalah antara fokus perbincangan dengan Abdul Hassan dalam pertemuaan kira-kira 30 minit itu.
Jun lalu, Ahmad Zahid dilaporkan berkata kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesah akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor terutamanya perladangan, ppembinaan, perkilangan dan perkhidmatan.
Turut disentuh dalam perbincangan itu ialah berkaitan mencegah kematian di kalangan warga Bangladesh yang cuba memasuki negeri ini secara haram sama ada menerusi laut atau darat selain mengelak mereka dianiaya majikan.
"Mereka ini dinafikan hak pembayaran gaji, tidak diberikan kemudian tempat tinggan dan perubatan," katanya sambil menambah pengambilan pekerja asing dari Bangladesh dibuat mengikut garis panduan antarabangsa.
Ahmad Zahid berkata, pekerja asinga yang bakal dibawa ke negara ini perlu diberi latihan asas terlebih dahulu di Bangladesh selain mempunyai pendidikan bersesuaian mengikut bidang dan sektor pekerjaan yang akan disertai di Malaysia.
"Mereka yang ada rekod jenayah atau penyakit memudaratkan penduduk Malaysia juga akan diambil kira sebagai faktor yang akan menentukan sama ada boleh dibawa masuk ke negara ini," jelasnya.
Mengenai salah erti segelintir pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap hasrat kerajaan mengambil pekerja dari Bangladesh, Ahmad Zahid berkata beliau akan mengaddakan pertemuan dengan kumpulan berkenaan bagi menjelaskan rasional langka berkenaan tanpa menjejaskan peluang rakyat Malaysia.
0 Response to "Rakyat Malaysia Pemalas, Berlagak, Tak Sedar Diri Dan Memilih..!!! - Datu Seri Dr Ahmad Zahid"
Posting Komentar