Usaha mencari penerbangan #Malaysia Airlines (MAS) di Lautan Hindi telah membawa kepada penemuan sebuah kapal karam yang belum pernah diketahui, oleh itu pegawai-pegawai yang bertanggungjawab mencari pesawat MH370 akan membuat siasatan sekiranya kapal tersebut berada dalam zon carian mereka....
Pasukan pencarian yang diketuai oleh #Australia menjalankan operasi di selatan #Lautan Hindi untuk mencari #pesawat tersebut yang hilang sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac tahun lalu....
Menurut maklumat yang diterima mengenai #operasi itu, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia berkata, terdapat pantulan cahaya kecil di dasar laut yang memerlukan pemeriksaan rapi.
Data dari sonar #imbasan resolusi tinggi yang menggunakan kenderaan dalam air berautonomi mendedahkan objek tersebut mungkin hanya bersaiz seperti bola kriket yang berada kira-kira 3,900 meter(12,795 kaki) di bawah air....
Walaupun serpihan tersebut kelihatan seperti suatu benda #buatan manusia, ia dilaporkan tidak mempunyai ciri-ciri seperti serpihan #pesawat jadi pihak berkuasa terpaksa menggunakan kamera untuk melihat serpihan tersebut dengan lebih jelas....
Pengarah operasi #pencarian MH370, Peter Foley berkata ia merupakan satu penemuan yang menarik tetapi ia bukanlah apa yang diingini....
Imej yang diterima menunjukkan sebuah #sauh, dan beberapa objek lain yang dikatakan #buatan manusia....
Foley juga menjelaskan, operasi ini tidak akan dihentikan kerana kehilangan #pesawat tersebut masih lagi menjadi misteri....
"Jelas sekali, kami berasa kecewa kerana ia bukanlah serpihan #kapal terbang tetapi kami sentiasa realistik tentang kemungkinan akan menjumpai sesuatu....
"Operasi ini menjadi bukti bahawa sistem, ahli #pencarian, dan #peralatan yang digunakan berfungsi dengan baik dan ini juga menunjukkan kami akan menemui serpihan #pesawat sekiranya ia berada di dalam kawasan carian," kata Foley....
Pencarian #pesawat tersebut telah menjadi sesuatu yang kompleks dan Australia memberi tumpuan kepada kawasan terpencil di Selatan Lautan Hindi yang terletak jauh dari #pantai barat yang meliputi 60,000 kilometer persegi (23.166 batu persegi).....
0 Response to "Misi Mencari MH370... Tetapi Anda Akan Terkejut Apabila Mengetahui Apa Yang Dijumpai Semasa Misi Pencarian Dijalankan,,..!!"
Posting Komentar