Bagi anda yang beristeri terutama #kaum muslimin, pesan Rasulullah sekaligus adab dalam musafir adalah, janganlah seorang laki-laki pulang mendatangi isterinya di malam hari. Mengapa???
Dalam kitab #Al Ishabah, Ibnu Hajar Al Asqalani menceritakan asbabul wurud hadis yang melarang pulang safar di #malam hari.Telah beberapa hari sahabat itu musafir. Dan #malam ini, ia pulang ke Madinah dan terus menemui isterinya. Betapa terkejut dirinya, ternyata ada seseorang yang bertubuh tinggi besar tidur di sebelah isterinya...
Ia terus mencabut pedang dan berniat menetak orang itu. Nasib baik, ia terlebih dulu mencolek isterinya dengan pedang tersebut dan bertanya, "Siapa orang ini?"Ini Fulanah, si tukang sikat. Ia tadi mendandaniku dan kerana terlambat pulang, ia bermalam di sini, "jawab si isteri...
Alhamdulillah ... hampir sahaja ia melakukan kesalahan maut jika saja tidak bersabar dan terus menebaskan pedangnya ke orang tersebut, yang ternyata adalah perempuan tukang sikat... "
Paginya, selepas solat Subuh, sahabat ini menghadap Rasulullah dan menceritakan kisahnya semalam. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam lantas bersabda,,
إِذَا دَخَلْتُمْ لَيْلاً فَلاَ يَأْتِيَنَّ أَحَدُكُمْ أَهْلَهُ طُرُوقاً
"Jika salah seorang dari kalian musafir, janganlah dia mendatangi isterinya di malam hari" (HR. Ahmad)
Mengapa Rasulullah melarang seorang suami pulang safar menemui isterinya di malam hari? Dalam riwayat yang lain dinyatakan sebabnya...
إِذَا قَدِمَ أَحَدُكُمْ لَيْلاً فَلاَ يَأْتِيَنَّ أَهْلَهُ طُرُوقًا حَتَّى تَسْتَحِدَّ الْمُغِيبَةُ وَتَمْتَشِطَ الشَّعِثَةُ
"Jika salah seorang dari kalian datang pada malam hari maka janganlah dia mendatangi isterinya. (Berilah berita terlebih dahulu) agar wanita yang ditinggalkan suaminya mencukur bulu-bulu kemaluannya dan menyisir rambutnya "(HR. Muslim)
Inilah sebabnya. Ketika ditinggalkan suaminya lama musafir, lalu tiba-tiba suaminya datang di malam hari, dikhuatiri isterinya tersebut tidak bersedia menyambutnya. Rambutnya masih rawak-acakan. Bulu-bulu rahsianya mungkin juga tidak dijaga rapi dan baunya sangat tidak sedap. Oleh itu menurut para ulama, seorang suami makruhpulang dari musafir secara tiba-tiba di malam hari, apalagi secara sembunyi-sembunyi. Kalaupun terpaksa pulang di malam hari, digalakkan untuk menyampaikan berita terlebih dulu.Imam An Nawawi ketika menerangkan hadis ini dalam Syarah Shahih Muslim, beliau mengatakan bahawa larangan ini dikenakan bagi yang musafir lama dandatang secara tiba-tiba tanpa pemberitahuan. Bagi musafir yang sudah memberitahu dahulu, maka tidak termasuk dalam larangan ini...
"Bagi jika safarnya dekat dan isterinya pun mengharapkan ketibaan pada malam hari," terang beliau, "maka pulang malam pun boleh. Begitu pula jika telah ada maklumat awal yang memberitahu ketibaan kepada isteri dan keluarganya, tidak mengapa... "
Imam Asy Syaukani menerangkan dalam Nailul Authar bahawa hikmah larangannya musafir mendatangi isteri pada malam kerana kemungkinan dia mendapati isterinya yang tak sedar ketibaannya, sehingga dia tidak bersedia membersihkan diri dan bersolek...
Mengapa suami perlu memberitahu ketibaan dan isteri perlu menyambutnya dengan bersih dan rapi? Demikianlah Islam mengatur sesuai fitrah manusia. Suami isteri yang tinggal berasingan kerana musafir tentu merasakan kerinduan dan berharap kehangatan kasih sayang antara keduanya. Islam pun mensunnahkan untuk mensegerakanberhubungan sekembalinya suami dari musafir. Tentu hal itu boleh berjalan dengan baik jika keduanya telah bersedia; bersih, harum, rapi...
Para sahabat dan sahabiyah sangat mengerti dengan sunnah ini. Itulah mengapa ketika Abu Thalhah pulang dari berjihad, Ummu Sulaim menyambutnya dengan hangat dan mengajaknya ke tempat tidur walaupun saat ini anaknya baru sahaja meninggal. Ummu Sulaim melupakan kesedihannya kehilangan anak dan tidak mahu suaminyaterpikirkan berita duka itu hingga kehilangan keghairahannya. Justeru kerana kesabaran inilah, keesokan harinya Rasulullah mendoakan keberkatan bagi kedua-duanya...
0 Response to "Sebab-sebab Mengapa Rasulullah S.A.W. Melarang Suami Balik Lewat Malam Dan Terus Meniduri Isteri..!!"
Posting Komentar